Lawatan ke Petrosains

Pada 14 November 2011, Kelab IT telah mengadakan lawatan ke Petrosains. Lawatan yang disertai oleh pelajar Kolej serta pensyarah dari pelbagai kursus ini, bertujuan untuk mendedahkan para pelajar dengan dunia sains dan teknologi, dimana pembelajaran tersebut tidak termasuk didalam modul pengajaran di kolej ini. Disamping itu, ianya juga dapat mengeratkan lagi tali silaturrahim diantara para pelajar dan barisan pensyarah. Diharapkan lawatan sebegini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.





Read Users' Comments (0)

Majlis Rumah Terbuka MerdekaRaya Cosmopoint

Tanggal 21 September 2011, kami telah mengadakan majlis rumah terbuka MerdekaRaya di kolej kami. Majlis ini telah dihadiri oleh para pelajar serta kakitangan Kolej Cosmopoint Seremban. Kemeriahan sambutan hari raya ini diiringi dengan pelbagai aktiviti seperti cabutan bertuah, sesi fotografi dan karaoke. Semoga di lain tahun, sambutan sebegini dapat diamalkan lagi.


Read Users' Comments (0)

Aktiviti bulan Ramadhan - Lawatan ke rumah anak yatim

Bulan Ramadhan menjelma kembali. Kali ini, kami sepakat mengadakan lawatan ke rumah anak yatim di Taman Panchur Jaya, Seremban dan juga Asrama Orang Kurang Upaya di Mambau. Lawatan yang diadakan pada 23 Ogos 2011 ini bertujuan untuk memberikan sumbangan kepada insan² yang lebih memerlukan. Alhamdulillah, lawatan ini disertai oleh pelajar dan barisan pensyarah mengharapkan akan diteruskan pada masa akan datang, bukan hanya amalan pada bulan Ramadhan sahaja. Terima kasih diucapkan kepada individu² yang sudi memberikan sumbangan. Didoakan agar kalian dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Inshaa ALLAH.



Read Users' Comments (0)

Pesta Buah-Buahan

Musim buah-buahan memang menyeronokkan. Apatah lagi, musim buah tersebut terdiri daripada buah-buahan tempatan yang kita ketahui mempunyai banyak khasiatnya. Justeru itu, AJK kursus IT telah mengadakan pesta buah-buahan tempatan di kolej kami. Hanya dikenakan bayaran sebanyak RM5, pelajar dan kakitangan kolej boleh menikmati seberapa banyak buah-buahan yang dihidangkan. Sangat berbaloi dan masing² menikmatinya dengan cara tersendiri. Jom kita lihat gambar² kemeriahan pesta buah-buahan ini.


Read Users' Comments (0)

Hari Terbuka Kolej Cosmopoint Seremban

Pada 7 Mei 2011, Kolej kami telah mengadakan hari terbuka khusus untuk pelajar sekolah dan orang awam. Hari terbuka kolej ini diadakan sekali pada setiap tahun. Tujuan hari terbuka ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada pelajar sekolah dan orang awam tentang kursus yang dijalankan di kolej kami. Selain itu, pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang hari bagi memeriahkan suasana hari terbuka tersebut.




Read Users' Comments (0)

Pertandingan Badminton

Pada 16 April 2011, Kursus IT telah mengadakan satu pertandingan badminton bertempat di Penjara Seremban. Pertandingan tersebut telah disertai oleh pelajar² serta kakitangan Kolej ini bertujuan untuk mencungkil bakat pelajar dan kakitangan di dalam bidang sukan badminton. Semoga aktiviti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.



Read Users' Comments (0)

Anugerah kelab terbaik

Kelab IT ditubuhkan pada tahun 2009. Ketika itu, kelab ini sangat aktif dan telah menganjurkan serta menjalankan pelbagai aktiviti di Kolej Cosmopoint ini. Sehubungan dengan itu, pada tahun 2010, Kelab IT telah dinobatkan sebagai Kelab Terbaik Kolej Cosmopoint Seremban.






Read Users' Comments (1)comments

Rumah terbuka CNY Cosmopoint Seremban

Pada 28 Februari 2011, Kolej kami telah mengadakan sambutan rumah terbuka perayaan Tahun Baharu Cina. Tema perayaan ini adalah berwarna merah. Tujuan sambutan diadakan adalah untuk memperkenalkan kebudayaan masyarakat cina di Malaysia. Sambutan ini dihadiri oleh para pelajar serta kakitangan kolej. Julung kalinya diadakan sambutan sebegini dengan kehadiran tarian naga dapat mengeratkan lagi hubungan sesama kaum.





Read Users' Comments (0)

Kenali pensyarah anda

Salam dan hai semua,

Entri kali ini kami paparkan butiran pengenalan pensyarah IT di Cosmopoint Seremban ini. Diharapkan para pelajar semua dapat mengenali barisan pensyarah IT dengan lebih jelas lagi.


 Pn. Hafizah Binti Kamaruddin
Pensyarah IT-Software
Kelulusan:-
Diploma in Computer Science
Bachelor in Information Technology
Msc. IT major Computer Science


Mdm. Ng Chee Wei
Pensyarah IT-Network
Kelulusan:-
Diploma in Computer Science
Bachelor in Information Technology


Cik Nurziadah Binti Harun
Pensyarah IT-Software
Kelulusan:-
Bachelor in Information Technology
Msc. IT
 

Pn. Saidatulakmal Binti Abdul Hamid
Pensyarah IT-Network
Kelulusan:-
Diploma in Computer Science
Bachelor in Computer Science

Read Users' Comments (0)

Pertama kalinya .... kata aluan

Selamat datang ke blog IT Cosmopoint Seremban. Blog ini merupakan salah satu usaha untuk berkongsi segala maklumat dan juga aktiviti² pelajar serta pensyarah kolej khasnya pelajar IT agar dapat dijadikan sebagai satu kenangan serta rujukan untuk masa hadapan.

Diharapkan dengan wujudnya blog sebegini, dapat mengeratkan lagi hubungan diantara warga pelajar dan juga pensyarah tidak kira sama ada pelajar masih belajar atau yang sudah bergraduat.

Read Users' Comments (1)comments