Jemputan Hari Terbuka

Anda dijemput untuk menghadiri Hari Terbuka Kolej Cosmopoint yang akan diadakan pada 7 September 2013 bermula jam 10 pagi. Marilah sama² memeriahkan hari terbuka kami dan pelbagai aktiviti menarik akan dijalankan pada hari tersebut.

Read Users' Comments (0)

Jamuan Raya Bahagian Akademik

Bahagian akademik telah mengadakan jamuan hari raya pada 29 Ogos 2013. Memandangkan para pelajar masih lagi sedang cuti semester, kami sepakat mengadakan khas untuk bahagian akademik dan menjemput semua bahagian untuk bersama² memeriahkan suasana jamuan ini.



Read Users' Comments (0)

Salam Aidilfitri 1432

Kami warga Kolej Cosmopoint ingin mengucapkan, 
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin


Read Users' Comments (0)

Majlis Berbuka Puasa

Pada 23 Julai 2013, Majlis Perwakilan Pelajar telah mengadakan satu majlis berbuka puasa bersama anak yatim Darul Aminan di Gedung Lalang, Seremban. Majlis berbuka puasa ini bertujuan untuk mengeratkan lagi perhubungan bersama anak² yatim disamping membantu meringankan beban mereka dengan pemberian sumbangan makanan mahupun wang ringgit dan duit raya.





Program ini merupakan program yang dapat menyedarkan kita betapa ada lagi insan yang jauh lebih susah dan lebih memerlukan berbanding kita sendiri. Diharapkan program ini dapat diteruskan pada masa² akan datang nanti Inshaa ALLAH.


Read Users' Comments (0)

Disebalik tabir pembikinan video

Setiap kali menjelang raya, pastinya pelbagai jenis ucapan akan diberikan. Samada berbentuk SMS, MMS malahan melalui email pun ada. Sejajar dengan kemunculan teknologi masa kini, ucapan hari raya bukan saja boleh dibuat melalui 3 medium tadi malahan sekarang semakin banyak medium teknologi yang baru yang boleh digunakan seperti WeChat, What's App, Line, Instagram, Facebook, Twitter dan banyak lagi. Justeru itu, pada tahun ini, kami mencipta sedikit kelainan untuk menyampaikan ucapan hari raya. Ucapan kami disampaikan dalam bentuk video pendek yang kami rasakan ianya sangat bermakna buat kami semua.

Mari kita saksikan disebalik tabir pembikinan video kami ini ......



Nantikan kemunculan video ucapan hari raya kami di dalam blog ini nanti ....

Read Users' Comments (0)

Hari Pensyarah dan Kakitangan Cosmopoint Seremban

Sebagai menghargai jasa pensyarah dan juga kakitangan kolej, kami warga Cosmopoint telah sepakat mengadakan sambutan hari pensyarah dan kakitangan pada 30 Mei 2013 yang lalu. Sambutan diadakan agar dapat menjalinkan lagi hubungan erat sesama warga kolej.




Read Users' Comments (0)

Kursus Membina Laman Blog

Pada 13 April 2013, satu kursus membina laman blog telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Senawang. Kursus ini dianjurkan oleh Pusat Sumber Sekolah & Unit ICT sekolah tersebut dengan kerjasama daripada SMK TTJ dan Kolej Cosmopoint. Seramai 2 orang pensyarah IT dari Kolej Cosmopoint iaitu Puan Saidatulakmal Abdul Hamid dan Mdm. Ng Chee Wei telah terlibat sebagai fasilitator dan dibantu oleh 2 orang lagi pensyarah iaitu Cik Umi Hidayah Omar (E-biz) dan Mdm. Muniamah (Multimedia). Objektif kursus ini diadakan adalah agar dapat menghasilkan bahan blog sendiri, menyebarkan maklumat dan berkomunikasi melalui blog, merealisasikan maklumat dihujung jari dalam kalangan warga kerja serta menjadi pembimbing dan penasihat kepada rakan sejawat dalam menghasilkan blog. Diharapkan kursus sebegini dapat diadakan lagi untuk mengeratkan perhubungan antara pihak sekolah dan kolej.





Read Users' Comments (0)

Jamuan Makan Malam 2013

Jamuan makan malam 2013 diadakan pada 8 Mac 2013 bertempat di Dewan LPPKN Seremban 2. Jamuan yang bertemakan Color Block & Masquerade ini mendapat sambutan diluar jangkaan pada saat² akhir. Majlis telah berlangsung bermula jam 8.30 malam sehingga 12.00 tgh malam ini dihidangkan dengan pelbagai acara seperti nyanyian, pertunjukan magis dan tarian daripada para pelajar dan juga kakitangan kolej. Diharapkan majlis ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

 
 

Read Users' Comments (0)