Majlis Berbuka Puasa
Pada 23 Julai 2013, Majlis Perwakilan Pelajar telah mengadakan satu majlis berbuka puasa bersama anak yatim Darul Aminan di Gedung Lalang, Seremban. Majlis berbuka puasa ini bertujuan untuk mengeratkan lagi perhubungan bersama anak² yatim disamping membantu meringankan beban mereka dengan pemberian sumbangan makanan mahupun wang ringgit dan duit raya.
Program ini merupakan program yang dapat menyedarkan kita betapa ada lagi insan yang jauh lebih susah dan lebih memerlukan berbanding kita sendiri. Diharapkan program ini dapat diteruskan pada masa² akan datang nanti Inshaa ALLAH.
0 Response to "Majlis Berbuka Puasa "
Post a Comment