Kursus Membina Laman Blog

Pada 13 April 2013, satu kursus membina laman blog telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Senawang. Kursus ini dianjurkan oleh Pusat Sumber Sekolah & Unit ICT sekolah tersebut dengan kerjasama daripada SMK TTJ dan Kolej Cosmopoint. Seramai 2 orang pensyarah IT dari Kolej Cosmopoint iaitu Puan Saidatulakmal Abdul Hamid dan Mdm. Ng Chee Wei telah terlibat sebagai fasilitator dan dibantu oleh 2 orang lagi pensyarah iaitu Cik Umi Hidayah Omar (E-biz) dan Mdm. Muniamah (Multimedia). Objektif kursus ini diadakan adalah agar dapat menghasilkan bahan blog sendiri, menyebarkan maklumat dan berkomunikasi melalui blog, merealisasikan maklumat dihujung jari dalam kalangan warga kerja serta menjadi pembimbing dan penasihat kepada rakan sejawat dalam menghasilkan blog. Diharapkan kursus sebegini dapat diadakan lagi untuk mengeratkan perhubungan antara pihak sekolah dan kolej.





Read Users' Comments (0)