Sambutan Hari Pensyarah

Hari Pensyarah jatuh pada hari yang sama dengan Hari Guru. Ini kerana pensyarah juga merupakan seorang guru atau pendidik yang telah sama² mencurahkan segala ilmu kepada para pelajar. Justeru itu, satu sambutan yang julung kali diadakan sempena Hari Pensyarah ini diadakan pada 18 Mei 2012 yang lalu. Sambutan diadakan bertujuan untuk memupuk semangat kepada para pensyarah yang tidak pernah berputus asa dalam memberikan pendidikan terbaik bagi anak bangsa tidak kira kaum mahupun agama. Pada hari tersebut telah diadakan pertandingan "Jigsaw Puzzle" dan ukiran buah tembikai. Pertandingan ini telah disertai oleh pelajar dan juga para pensyarah.





Read Users' Comments (0)

Aktiviti Mentor Mentee

Mentor Mentee program merupakan satu program yang bertujuan untuk mendekatkan lagi hubungan pelajar dan pensyarah. Pelajar akan dibantu secara orang perseorangan bukan sahaja dari segi akademik malahan dari segi keperibadian pelajar tersebut. Program ini dapat dilihat sedikit sebanyak dapat membantu pelajar dalam menyelesaikan masalah² yang sering dihadapi oleh pelajar seperti keciciran didalam pelajaran, masalah peribadi dan masalah kewangan. Pihak pensyarah biasanya membantu pelajar mencari jalan penyelesaian bagi setiap masalah mereka.

Justeru itu, untuk lebih mengeratkan perhubungan antara pelajar dan pensyarah, kami barisan pensyarah telah mengadakan satu aktiviti "Indoor games" khas untuk para pelajar kami. Diharapkan aktiviti sebegini dapat lagi mengeratkan hubungan bukan sahaja diantara pelajar dan pensyarah, malahan sesama pelajar itu sendiri.


Read Users' Comments (0)

Dedication Day

Pada 14 Februari 2012, pelajar jurusan IT telah menganjurkan "Dedication day" untuk pelajar dan kakitangan kolej. Aktiviti ini dijalankan bertujuan untuk menghargai dan mengingati sumbangan para pensyarah dan sahabat. Para pelajar dan kakitangan telah membeli cenderahati berupa coklat, gula² dan bunga serta kad ucapan di booth yang telah disediakan oleh pelajar. Diharapkan aktiviti sebegini dapat mengeratkan lagi ikatan diantara semua warga kolej.



Read Users' Comments (0)

Hari Membaikpulih Komputer

Aktiviti pembukaan pada tahun 2012 adalah aktiviti membaikpulih dan memeriksa keadaan komputer di Kolej Cosmopoint Seremban. Aktiviti ini disertai oleh pelajar² kursus IT. Bertujuan untuk mendedahkan kepada mereka bagaimana untuk memeriksa dan juga membaikpulih komputer yang rosak. Aktiviti ini sedikit sebanyak dapat menambah ilmu pembelajaran yang berguna bagi mereka semua.


Read Users' Comments (0)